Sukatan & Cara Guna

SUKATAN & CARA PENGGUNAAN : NUTRI M ANTI HAIR LOSS REGIMEN

A. Sukatan Penggunaan


A1 : Syampu Herba Berkondisioner

a. Syampu ini adalah syampu harian dan ianya sangat pekat, tidak perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak     Memadai mengikut ketebalan rambut.

b. Gunakan setiap hari atau sekali setiap 2 hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan tahan lama

c.Kekerapan penggunaan syampu ini tidak akan membuatkan rambut menjadi kering.



A1 : Gel esen


a. Picit tiub diatas kepala gososk bagi meratakannya dan anggarkan jumlahnya mengikut keperluan

b. Gunakan  seminggu sekali selepas rutin syampuan dan tidak lagi perlu dibilas.


B. Tatacara Penggunaan Nutri M Anti Hair Loss Regimen

1. Semudah rutin cucian rambut seperti biasa, anda cuma perlu basahkan rambut sehingga rata supaya syampu akan dpt menyerap dengan baik

2. Ratakan syampu ke atas seluruh rambut sambil mengurut kepala anda perlahan-lahan selama beberapa minit sehingga ia menghasilkan buih atau sehingga yakin ianya sudah menyerap dengan rata

4. Kemudian, bilas rambut dengan air sehingga bersih dan keringkan rambut dengan tuala seperti biasa

5. Gunakan gel esen mengikut sukatan yang telah dianggarkan dengan mengurutnya perlahan-lahan pada keseluruhan kulit kepala atau kawasan-kawasan yang berkenaan sahaja bagi kes kenipisan rambut atau kebotakan yang tidak sama rata

___________________________________________________________________

SUKATAN & CARA PENGGUNAAN : NUTRI M BLACK SHAMPOO

A. Sukatan Penggunaan

a. Gunakan 1 sachet syampu untuk rambut pendek, atau 2 sachet untuk rambut yang lebih panjang buat kali pertama penggunaan.

b. Gunakan sekali seminggu untuk bulan pertama, kemudian gunakan sekali setiap 2 minggu untuk bulan kedua dan seterusnya bagi mendapatkan kesan yang lebih baik dan tahan lama*

* Penerangan yang dicetak di kotak syampu mungkin sedikit berbeza, tetapi yang tertera di atas adalah cadangan kadar kekerapan untuk mendapatkan kesan yang paling optimum berdasarkan pengalaman kami sendiri yang mengujinya baru-baru ini. Harap maklum.


B. Tatacara Penggunaan Nutri-M Black Shampoo

1. Semudah rutin cucian rambut seperti biasa, anda cuma perlu basahkan rambut sehingga rata supaya syampu akan dpt menyerap dengan baik*

* Penerangan yang dicetak di kotak syampu mungkin sedikit berbeza, tetapi yang tertera di atas adalah cadangan cara penggunaan untuk mendapatkan kesan yang paling optimum berdasarkan pengalaman kami sendiri yang mengujinya baru-baru ini. Harap maklum.

2. Gunakan sarung tangan plastik yang dibekalkan bersama dengan Nutri-M Shampoo untuk melindungi jari serta kuku anda, kemudian tuangkan syampu ke atas piring/bekas dan gaulkan sebati sehingga warna kekuningan berubah menjadi hitam.

3. Kemudian, sapukan sedikit demi sedikit dibahagian yang terdapat uban terlebih dahulu,sesudah itu baru lah ratakan syampu ke atas seluruh rambut sambil mengurut kepala anda perlahan-lahan selama 2 - 3 minit sehingga menghasilkan buih.

4. Tunggu sehingga 10 - 12 minit (sehingga buihnya kering), kemudian bilas rambut dengan air bersih

5. Keringkan rambut dengan tuala yang bersih dan perhatikan perubahan yang menakjubkan ke atas rambut anda

__________________________________________________________________


LANGKAH BERJAGA-JAGA

a. Pengguna dengan rekod alergi serius, kulit kepala luka dan acne merah disarankan supaya menguji penggunaan syampu terlebih dahulu di atas sebahagian kecil kulit dan berhenti daripada menggunakan produk ini jika berlaku sebarang iritasi

b. Wanita mengandung tidak digalakkan menggunakan produk ini  kerana terdapat elemen-elemen aktif di dalamnya

c. Untuk penggunaan pada rambut (kepala) sahaja. Simpan di dalam tempat yang terlindung dari pancaran matahari dan jauhkan dari kanak-kanak

d. Jika produk terkena mata, cuci dan bilas mata dengan air bersih yang banyak dan terus dapatkan khidmat klinikal daripada doktor jka perlu