Terma & Syarat

Dikemaskini pada 29 November 2016

Untuk mengelakkan sebarang masalah dan salah faham di masa akan datang, anda wajib membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera di bawah sebelum membuat keputusan untuk berurusniaga dengan kami. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma & Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.

Produk

Semua produk yang dijual di laman blog ini adalah produk-produk yang diusahakan sendiri oleh kami di Ilham Nutri Enterprise & operasinya diuruskan oleh Nutri M Marketing.

Semua produk yang dijual di laman blog ini telah mendapat kelulusan dan pengesahan dari organisasi-organisasi berkenaan.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja.

Semua produk yang dijual adalah baru, telah dipastikan berada dalam keadaan baik & bersih sebelum dijual kepada pembeli melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Pihak kami akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.

Pembelian & Pembayaran

Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Segala urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan deposit wang di kaunter bank, mesin deposit wang, pindahan ATM, atau melalui perbankan online.

Bank-bank pilihan kami adalah CIMB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank). Kami juga menerima bayaran dari pelbagai agensi perbankan tempatan dan antarabangsa (Western Union). Nombor akaun hanya akan diberi selepas pengesahan pembelian dibuat oleh pihak pelanggan.

Salinan resit atau slip pembayaran hendaklah dilampirkan dengan notis pembayaran anda kepada pihak kami melalui email untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Slip atau resit asal deposit hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai bukti pembelian dan rujukan di masa hadapan.

Semua pembelian adalah di atas kesedaran, tanggungjawab dan risiko pelanggan sendiri.

Semua urusniaga adalah muktamad dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan atau ditukar sama ada dengan produk lain, atau dalam bentuk wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh pihak kami.

Penghantaran

Kos penghantaran bergantung kepada lokasi dan jumlah berat parcel anda jika berkenaan.

Penghantaran akan dibuat pada 1-3 hari bekerja dari tarikh pembayaran dibuat. Parcel dijangka akan sampai ke rumah anda dalam masa 1-7 hari bekerja selepas penghantaran didaftarkan, bergantung kepada lokasi anda dan keadaan semasa.

Penghantaran akan dibuat oleh syarikat-syarikat khidmat kurier yang telah dilantik oleh pihak Nutri Enterprise iaitu Skynet Worldwide Express & Poslaju National Courier.

Setiap parcel dan produk akan dipastikan berada dalam keadaan yang baik sebelum dan semasa proses pendaftaran penghantaran dibuat. Selepas ia diambil oleh pihak kurier, parcel anda bukan lagi di bawah tanggungjawab kami. Harap maklum.

Pihak kami TIDAK akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan parcel semasa proses penghantaran. Sebarang gantirugi sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan lain tidak akan dilakukan.

Pihak pembeli diminta supaya memaklumkan kepada kami apabila parcel yang dihantar sudah diterima. Pihak kami akan menganggap bahawa parcel sudah diterima dalam keadaan baik dan selamat sekiranya tiada apa-apa makluman penerimaan diberikan oleh pembeli dalam masa 7 hari bekerja selepas tarikh penghantaran didaftarkan.

Kami akan memaklumkan kepada anda apabila parcel anda telah didaftarkan dan sedang di bawah kendalian pihak kurier. Nombor rujukan jejak & kesan ("Tracking Number" / "Consignment Number") akan diberikan bagi memudahkan anda menjejak status dan memantau perjalanan parcel anda.

Nombor rujukan penghantaran tersebut hendaklah disimpan atau direkodkan dengan baik oleh pihak pelanggan untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang.

Para pelanggan boleh menyemak atau menjejak status penghantaran oleh pihak kurier dengan merujuk kepada laman web syarikat kurier berkenaan. Pautan ke laman web syarikat kurier ini ada tertera di bahagian "footer" blog iaitu bahagian yang paling bawah, di sebelah kanan untuk rujukan dan kemudahan anda.

Lain-lain

Warna produk yang tertera di dalam gambar mungkin sedikit berbeza dengan warna produk sebenar. Ini disebabkan faktor pencahayaan kamera dan tertakluk pada konfigurasi skrin komputer anda.

Para pengguna produk dinasihatkan supaya mengikut sukatan & tatacara penggunaan yang telah dicadangkan untuk kesan yang terbaik dan selamat.

Para pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi setiap langkah & aspek keselamatan yang disarankan sebelum, semasa dan selepas menggunakan produk kami.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan terutama dari segi kesihatan di masa hadapan susulan penggunaan produk kami.

Pihak kami akan memaklumkan kepada anda jika terdapat sebarang perubahan pada Terma & Syarat urusniaga kami.

Agen dan wakil pengedar dari seluruh negara, termasuk dari Brunei & Singapura adalah amat dialu-alukan.

Untuk sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan, sila emailkan pertanyaan anda kepada kami di nutrienterprise@gmail.com, atau hubungi kami di talian 0196647254 / 0196657254 atau cari kami di Facebook (facebook.com/nutrienterprise) untuk keterangan lanjut.

Harap maklum.